“Ubatilah sakit kamu dengan bersedekah, peliharalah harta kamu dengan berzakat, dan hindarilah bala dengan berdoa”.
Rekod oleh Al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra. Menurut Al-Albani,darhat hadis ini hasan.
Dari sekelian kelebihan dan fadilat sedekah jariah, satu daripadanya ialah menyembuhkan penyakit.
Buku kecil 50 halaman ini mengupas contoh-contoh sedekag yang dilakukan oleh generasi awal.
Antara yang terkenal ialah Abu Bakar As-Siddiq yang menginfakkan keseluruhan hartanya pada jalan Allah.
Begitu juga kisah Ummu Mukminin Zainab bt Jahsyi. Beliau sanggup bekerja semata-mata untuk mencari wang buat melakukan sedekah. Baliau disebut olehNabi sebagai orang yang’ panjang tangan’ kerana banyak bersedekah.
