Penulis : Pendita Za’ba
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (1982)
‘Kekayaan saudagar pundi-pundi emasnya, kekayaan Pendita keping-keping kertasnya’.
Za’ba atau nama panjangnya Zainal Abidin b Ahmad di (1895-1973) diberi gelar Pendita secara rasmi pada tahun 1956 dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Sumbangan beliau terhadap perjuangan dalam memartabatkan bahasa Melayu.
Krisis bahasa Melayu bukan isu hari ini sahaja (merujuk kepada PPSMI), sebaliknya ia telah dibincang oleh cendekiawan melayu sejak berpuluh-pulh tahun dahulu, bahkan beratus-ratus tahun dahulu.
Benar kata Laksamana Hang Tuah, “takkan melayu hilang di dunia”. Namun darah dan kulit bangsa melayu tidak hilang ditelan zaman, namun identiti melayu sebagai sebuah bangsa dunia semakin terhakis. Za’ba telah lama mengulas dan mengkritik melayu kerana mengabaikan bahasanya juga nilai-nilai munrni dalam bangsanya. Bahkan lama sebelum itu Abdullah Munsyi telah menyelar sikap melayu yang meremehkan bahasa dalam Hikayat Abdullah.
Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri
Buku karangan Za’ba ini membincangkan secara kritis sikap dan budaya melayu yang selalu mengharapkan bantuan dari pihak lain untuk maju. Kritikan Za’ba merentasi sikap melayu dalam bidang ekonomi (yang selalu mengharapkan insentif berupa subsidi, kuota dsb), intelektual hinggalah ke hal ehwal agama.
Za’ba secara jelas menolak sikap umat Islam Melayu yang mengharapkan sedekah tahlilan dan doa arwah untuk masuk syurga. Sebaliknya, menurut pengarang Allah dan rasul secara jelas menyebutkan bahawa nasib seseorang hamba itu bergantung kepada apa yang diusahakannya, baik hal di dunia mahupun di akhirat.
Bacalah buku ini. Pada ketika hari ini, kurang penulis yang mahu dan berani mengulas nasib dan sikap bangsanya secara kritis.
