Penulis : Hamka
Penerbit : Pustaka Dini (2002)
Saya baca novel ini sekali sahaja, dan tidak mampu mengulanginga lagi. Kesan membacanya sekali sudah cukup dalam. Lebih mencengkam dari menonton Titanic (1997). Rasa kehilangan, sepi dan sesal.
Benar kata pepatah, yang paling jauh dari kita ialah masa lalu. Lebih jauh dari matahari, bulan dan mungkin juga galaksi lainnya. Sepantas dan secanggih mana pesawat tidak akan mampu kembalikan kita ke detik yang sudah lalu. Inilah yang dirasakan selepas usai membaca Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Kisahnya
Zainuddin, jejaka golongan biasa yang mengimpikan gadis dari golongan hartawan, Hayati. Kerana darjat mereka terpisah. Lewat beberapa peristiwa akhirnya Zainudin kembali dengan kedudukan yang lebih baik. Namun tragedi menimpa perhubungan Zainudin dan Hayati. Takdir tuhan menentukan mereka tidak akan bersama. Hayati mati selepas terlibat dalam kemalangan Kapal Van Der Wijck.
Cinta versus harta
Ini adalah kisah cinta dua darjat. Zainudin yang miskin dan Hayati yang hartawan. Walaupun Hayati berusaha sesungguh-sungguhnya mempertahankan cinta sucinya terhadap Zainudin, namun Hayati terlalu kecil untuk melawan adat dan kehendakkaum keluarga.
Khadijah teman rapat Hayati mengungkapkan :
“Engkau puji-puji kebaikin Zainudin, saya memuji-muji kebaikannya. Tetapi orang yang demikian, di zaman sebagai sekarang ini tak dapat dipakai. Kehendak zaman sekarang berkehendak kepada wang dan harta cukup. Jika berniaga, perniagaannya, jika makan gaji, gajinya cukup. Cinta walaubagaimana sucinya, semua bergantung kepada wang”.
Balas Hayati :
“Tidak, Khadijah!” jawab Hayati, “pendapatmu tak betul, cinta tak bergantung kepada wang. Kalau dua orang yang bercinta dapat bertemu, kesenangan dan ketenteraman fikirannya, itulah wang, itulah kekayaan, lebih dari gelang emas dokoh berlian, pakaian cukup. Itulah kesenangan yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan”.
Kelebihan Buya Hamka ialah beliau menulis dari hati. Seakan-akan apa yang lahir itu benar-benar berlaku kepadanya (mungkin juga). Dan dengan pengaruh pena, pengarang Berjaya membuat pembaca terlibat sama dalam setiap babak yang diceritakan.
Selepas lebih puluhan tahun Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk, khalayak pembaca masih ternanti-nanti naskah ceritera cinta setanding ini. Banyaknya lekas lupus ditelan waktu.
ceritanya kena di hat
Komen oleh exe — Oktober 11, 2009 @ 2:01 am |