Penulis : Shahnon Ahmad (Professor Emiritus Dato’)
Penerbit : Marwilis Publisher
” Bagaimana pendirian kau dalam soal ekonomi negara selama ini. Soal pendidikan. Soal dasar luar. Soal Bumiputera. Soal rancangan pedalaman. Soal bahasa. Pendapat Sidek.
Bahadur tidak gemar sekadar anggukan sahaja. Kalau anggukan perlu juga memberi alasan-alasannya sekali.
……
Menteri Bahadur serba salaha dalam perjuangan. Menteri Bahdur tidak ercaya pada perjuangan selama ini. Kemana Menteri Bahadur hendak bawa kita semua. Kemana Menteri Bahadur hendak memimpin anak bangsanya selama ini. Apa Menteri Bahadur telah jemu hidup.”
Ulasan
Shahnon Ahmad merupakan SN kegemaran saya. Kemudian baru Pak Samad. Gaya bercerita santai Shahnon meresap ke dalam sebahagian karya Azizi Abdullah dan juga sedikit dalam karya Faisal Tehrani. Itu penilaian saya dari sudut pembaca.
Shahnon merupakan antara pengarang yang menjadikan persoalan politik sebagai tema karyanya. Menteri sebagai contoh. Begitu juga dalam cerpen ‘Ungkapan’, novel Shit dan Sutan Baginda (1989). Ternyata minat dan kecenderungan politiknya membawa beliau menjadi ahli politik buat beberapa ketika.
Menteri merupakan gejolak seorang ahli politik bernama Menteri Bahadur. Bukan pergolakan politik luaran sebagaimana dalam Shit, sebaliknya pergolakan dalam diri seorang ahli politik. Bahadur dihantui oleh tindakan-tindakan nya sebagai ahli politik.
Seperti kelaziman, Shahnon banyak menggunakan monolog bercerita.
Novel-novel Shahnon saya bahagikan kepada 2 fasa. Pertama fasa sebelum Shit, keduanya pacsa Shit. Saya meminati bahagian pertama. Namun selepas Shit karya Shahnon mula menampakkan perubahan ketara, terutama dari aspek ceritanya. Bahkan Lamunan Puitis dan Mahabbah yang diberi pujian pengkritik tidak lagi mengalir deras dalam jiwa saya tatkala membaca.
Mungkin usia akan membantu saya untuk menghadamnya satu hari nanti.

