Satu keunikan ketara pada novel Pak Samad berbanding saterawan tempatan yang lain ialah, sifat karyanya yang anti-hero. Magnum opus Pak Samad, Salina bukanlah bercerita seputar Salina, sebaliknya cerita penduduk Kampung Kambing. Setiap watak seolah-olah berpakat dengan dengan pengarang untuk muncul secara seimbang.
Ini satu kelebihan, dan saya fikir sesuatu
yang sukar untuk dilakukan. Kerana setiap pengarang tentu punya kecenderungan pada watak-watak tertentu. Walaupun khalayak sedia maklum adakalanya watak dalam naskah itu merupakan altar-ego pengarang sendiri. Dalam Di Hadapan Pulau, watak Aziz adalah jelmaah Pak Samad masa zaman kanak-kanaknya.
Di Hadapan Pulau, mengambil latar perang tahun 40-an. Ia kisah Aziz yang kepingin menjejakkan kaki ke sebuah pulau berhampiran kampungnya.
Penulis : A Samad Said (Datuk)
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (1995)

