The 21 Indispensables Qualities of A Leader
Penulis : John C Maxwell
Penterjemah : Adlie Syamsudin
Penerbit : Pts Professional (2008)
Menjadi pemimpin yang berkualiti memerlukan bakat. Namun bakat semata-mata tidak berdiri sendiri.
Dalam buku ini, pengarang menitipkan teknik-teknik untuk menjadi pemimpin yang efektif.
Walaupun buku ini membicarakan tajuk yang besar dan penting ; kepimpinan. Namun apa yang menarik John C. Maxwell menampilkan kupasan yang santai. Beliau kemukakan contoh-contoh dan pada setiap contoh itu dikemukakan pengajaran dan teknik-teknik.
Pun begitu, oleh kerana penulis adalah seorang Amerika, maka contoh-contoh Amerika dan bangsa Inggeris. Banyak juga contoh yang dibawakan agak asing kepada pembaca tempatan.

